Tuesday, June 24, 2008

atas dasar kerajaan




wekekekeke.. jangan marah haaa.. nanti kene jual

Monday, June 16, 2008

kilije.. sape mau

Skim Perkhidmatan Pegawai Penjara

Klasifikasi : Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Gred
Jadual Gaji Matriks
KX17
P1T1 RM 662.35
-
P1T24 RM 1741.67
P2T1 RM 704.70
-
P2T24 RM 1838.47
P3T1 RM 748.26
-
P3T24 RM 1938.92

KX20
P1T1 RM728.90
-
P1T18 RM1937.69
P2T1 RM814.81
-
P2T18 RM2160.33

KX22
P1T1 RM1024.14
-
P1T10 RM2144.60
P2T1 RM1164.50
-
P2T10 RM2328.52

KX24
P1T1 RM1222.58
-
P1T12 RM2336.05
P2T1 RM1362.94
-
P2T12 RM2529.65

KX26
P1T1 RM1419.81
-
P1T9 RM2410.80
P2T1 RM1560.17
-
P2T9 RM2639.49

Syarat Lantikan
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
(Gaji Permulaan ialah pada Gred KX17 : P1T1)
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:-
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi calon wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar;
Penetapan Gaji Permulaan
2. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred KX17 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Tempoh Percubaan
3. Pegawai Penjara Gred KX17 yang dilantik secara terus atau kenaikan pangkat secara lantikan adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

Latihan
4. Pegawai Penjara boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan yang berkenaan.

Kursus Induksi/Peperiksaan
5. Pegawai Penjara KX17 dalam tempoh percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya kursus induksi dan tamat dengan jayanya latihan asas serta lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan yang berkenaan.

Pengesahan Dalam Perkhidmatan
6. Pegawai Penjara KX17 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah :-
(a) memenuhi tempoh percubaan;
(b) hadir dengan jayanya kursus induksi dan tamat dengan jayanya latihan asas serta lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
(c) diperaku oleh ketua jabatan/ketua perkhidmatan

Pergerakan Gaji Tahunan
7. Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh ketua jabatan/ketua perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

Penilaian Tahap Kecekapan
8. Pegawai Penjara hendaklah lulus penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan untuk kenaikan pangkat.

Kenaikan Pangkat ke Gred KX20
9. Pegawai Penjara Gred KX17 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penjara Gred KX20 yang kosong apabila telah :-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) lulus semua penialaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(d) diperaku oleh ketua perkhidmatan.

Kenaikan Pangkat ke Gred KX22
10. Pegawai Penjara Gred KX18 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penjara Gred KX22 yang kosong apabila telah :-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) lulus semua penialaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(c) diperaku oleh ketua perkhidmatan.

Kenaikan Pangkat ke Gred KX24
11. Pegawai Penjara Gred KX22 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penjara Gred KX24 yang kosong apabila telah :-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) lulus semua penialaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(c) diperaku oleh ketua perkhidmatan.

Kenaikan Pangkat ke Gred KX26
12. Pegawai Penjara Gred KX24 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Penjara Gred KX26 yang kosong apabila telah :-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) lulus semua penialaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(c) diperaku oleh ketua perkhidmatan.

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke Perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara
13. Pegawai Penjara yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Penjara Gred KX27 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.

Skim Perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara

Borang Permohonan bagi
STPM/HSC Borang Permohanan bagi Diploma Klasifikasi : Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
Gred
Jadual Gaji Matriks
KX27
P1T1 RM 972.11 - P1T26 RM 2436.21
P2T1 RM 1027.77 - P2T26 RM 2586.25
P3T1 RM 1085.85 - P3T26 RM 2741.13

KX32
P1T1 RM 1962.50 - P1T10 RM 2570.52
P2T1 RM 2171.83 - P2T10 RM 3130.15

Syarat Lantikan
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Tinggi Persekolahan atau kelulusan yang setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh STP/HSC atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KX27: P1T1;) atau
(ii) diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KX27 : P1T5)
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:-
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57 m bagi lelaki dan 1.53 m wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48 kg. bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar;
dan (e) lulus Bahasa Malaysia/bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pegawai Penjara adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Penguasa Penjara KX7, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(a) (i) mempunyai kelayakan di para 1(c) di atas atau
(ii) menamatkan dengan jayanya kursus latihan Kadet Penolong Penguasa Penjara;
dan (b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penetapan Gaji Permulaan
3. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas Gred KX27 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Tempoh Percubaan
4. (a) Penolong Penguasa Penjara Gred KX27 yang dilantik secara terus atau kenaikan pangkat secara lantikan adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

Latihan
5. Penolong Penguasa Penjara boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan.

Kursus Induksi/Peperiksaan
6. Penolong Penguasa Penjara Gred KX27 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya Kursus Induksi dan lulus Peperiksaan Perkhidmatan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan yang berkenaan.

Pengesahan Dalam Perkhidmatan
7. Penolong Penguasa Penjara Gred KX27 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-
(a) memenuhi tempoh percubaan;
(b) hadir dengan jayanya kursus induksi dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan oleh ketua perkhidmatan.

Pergerakan Gaji Tahunan
8. Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh ketua perkhidmatan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

Penilaian Tahap Kecekapan
9. Penolong Penguasa Penjara hendaklah lulus penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan untuk kenaikan pangkat.

Kenaikan Pangkat ke Gred KX32
10. Penolong Penguasa Penjara KX27 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penolong Penguasa Penjara KX32 yang kosong apabila telah :-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) lulus semua penialaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(d) diperaku oleh ketua perkhidmatan.

Kenaikan Pangkat Secara Lantikan ke Perkhidmatan Penguasa Penjara
11. Penolong Penguasa Penjara Penjara yang menunjukkan prestasi yang cemerlang adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penguasa Penjara Gred KX41 yang kosong mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.


Skim Perkhidmatan Penguasa Penjara

Borang Permohonan Klasifikasi : Perkhidmatan Keselamatan dan Pertahanan Awam Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
Gred
Jadual Gaji Matriks
KX41
P1T1 RM 1480.70 - P1T27 RM 4077.36
P2T1 RM 1564.19 - P2T27 RM 4320.57
P3T1 RM 1651.31 - P3T27 RM 4584.35

KX44
P1T1 RM 2625.36 - P1T14 RM 4339.93
P2T1 RM 2904.87 - P2T14 RM4761.04

KX48
P1T1 RM 3814.79 - P1T8 RM 5059.88
P2T1 RM 4149.96 - P2T8 RM 5539.04

KX52
P1T1 RM 4291.53 - P1T8 RM 5536.62
P2T1 RM 4669.05 - P2T8 RM 6015.78

KX54
P1T1 RM 4526.27 - P1T8 RM 5894.78
P2T1 RM 4926.78 - P2T8 RM 6434.44

Syarat Lantikan
1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) warganegara Malaysia
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh kerajaan dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(Gaji permulaan ialah pada Gred KX41 : P1T1);
atau
(ii) ijazah sarjana kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada universiti- universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred KX41 : P1T3) `
(d) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:-
(i) tinggi sekurang-kurangnya 1.57 m bagi lelaki dan 1.53 m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) berat badan sekurang-kurangnya 48 kg. bagi lelaki dan 46 kg. bagi wanita
(iii) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
(iv) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;
(v) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(vi) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar;
dan (e) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Penguasa Penjara adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penguasa Penjara Gred KX41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :-
(a) (i) mempunyai kelayakan di para 1(c) di atas atau
(ii) lulus Peperiksaan Khas; dan
(b) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Penetapan Gaji Permulaan
3. Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred KX41 boleh ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja berkaitan.

Tempoh Percubaan
4. (a) Penguasa Penjara Gred KX41 yang dilantik secara terus atau kenaikan pangkat secara lantikan adalah dikehendaki berkhidmat dalam tempoh percubaan selama 1 hingga 3 tahun.

Latihan
5. Penguasa Penjara Gred KX41 boleh dikehendaki mengikuti latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan. Timbalan Penguasa Penjara Gred KX41 yang dilantik mengikut peruntukan para 2 boleh dikecualikan keseluruhan atau sebahagian daripada latihan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

Kursus Induksi/Peperiksaan
6. Penguasa Penjara Gred KX41 dalam percubaan adalah dikehendaki hadir dengan jayanya kursus induksi dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan yang berkenaan.

Pengesahan Dalam Perkhidmatan
7. (a) Penguasa Penjara Gred KX41 yang dilantik adalah layak disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:-
(i) memenuhi tempoh percubaan;
(ii) hadir dengan jayanya kursus induksi dan lulus peperiksaan perkhidmatan yang ditetapkan; dan
(iii) diperakukan oleh ketua perkhidmatan.

Pergerakanan Gaji Tahunan
8. Pergerakan gaji tahunan adalah tidak automatik dan akan ditetapkan oleh ketua perkhidmatan berdasarkan prestasi kecemerlangan perkhidmatan.

Penilaian Tahap Kecekapan
9. Penguasa Penjara hendaklah lulus penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan oleh ketua perkhidmatan untuk kenaikan pangkat.

Kenaikan Pangkat Ke Gred KX44
10. Penguasa Penjara Gred KX41 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penguasa Penjara Gred KX42 yang kosong apabila telah :-
(a) disahkan dalam perkhidmatan;
(b) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(c) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(d) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

Kenaikan Pangkat Ke Gred KX48
11. Penguasa Penjara Gred KX44 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penguasa Penjara Gred KX48 yang kosong apabila telah :-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

Kenaikan Pangkat Ke Gred KX52
12. Penguasa Penjara Gred KX48 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penguasa Penjara Gred KX50 yang kosong apabila telah :-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

Kenaikan Pangkat Ke Gred KX54
13. Penguasa Penjara Gred KX52 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke jawatan Penguasa Penjara Gred KX54 yang kosong apabila telah :-
(a) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
(b) lulus semua penilaian tahap kecekapan yang ditetapkan; dan
(c) diperakukan oleh Ketua Jabatan/Perkhidmatan.

Kenaikan Pangkat Ke Gred Yang Lebih Tinggi
14. Penguasa Penjara Gred KX54 yang menunjukkan kebolehan yang terkemuka mutunya adalah layak dipertimbang bagi kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi yang kosong.

Wednesday, June 11, 2008