Wednesday, August 20, 2014

Monday, May 05, 2014

Rejab sudah...


Alhamdulillah bulan rejab sudah kembali. tak lama lgi dah syaaban, pastu bulan yang sangat2 ditunggu oleh semua umat islam.. insyaallah dengan kedatangan bulan ramadhan akan bertambahla amal ibadah semua golongan muslimin dan muslimat.

So, nk bercerita tentang bulan rejab nih.. ada satu doa dimana ianya mengaitkan kedatangan2 bulan rejab, syaban dan ramadhan... sama2 kita baca ye.. dan aminkan..

ari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa,
Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.”
Ertinya: Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rajab dan Sya’ban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan.
(HR. Ahmad dan Tabrani)
- See more at: http://www.m-mathurat.com/2012/06/doa-mohon-diberkati-pada-bulan-rejab.html#sthash.ESf1cCdc.dp

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa,

Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.”
Ertinya: Ya Allah, berkatkanlah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rajab dan Sya’ban; dan temukanlah kami dengan bulan Ramadan. 

(HR. Ahmad dan Tabrani)


so, kalau difahami maksud ayat diatas tu, mohon semoga kita diberkati dari rejab, syaban hingga membawa kepada ramadhan.
 
lepas tu syawal, jadi syawal plak tak usah cakap la.. memey paling dinanti.. ye tak.. hari meraikan kejayaan. dah mcm apa ntah. kdg2 raya nye lebih dari 3 bulan mulia tu..

emmm lupa lak.. sebenarnya nk kabokan, mak abah dah balik dari menunaikan umrah.. alhamdulillah ya allah, dalam keadaan yang agak uzur (kaki abah), gagah juga abah tunaikan umrah tu.

Dapat la aku meraikan majlis tahlil mak abah pergi umrah tu, lepas tu dapat gak aku dgn turun ke KLiA tarikh mak abah nak berlepas, jumpa la wak min dan pakcik sirun dgn makcik norli. Pakcik sirun tu adik mak aku. Adik yang keje sebagai inspektor polis dan menetap di seksyen 6 shah alam.

selesai urusan mak abah g umrah, tiba masa mak abah untuk dihubungi disana. Mak citer, kaki mak sakit masa duk dalam kapal terbang sbb tergantung, suhu plak sejuk. sampai menggigil, pun mak menanggis tahan. Kesiannya la mak. Semua tu mak luahkan masa mak beli kad prabayar simkad arab. Alhamdulillah lagi lah sbb diberi kemudahan utk aku dpt hubungi mak disana.

Tapi mak khabarkan keadaan abah tak berapa baik disana. Demam dan menahan sakit. So, mmg takde lain, sebab kakinya yg ada kesan luka tu la. dah tu plak ada kencing manis, so merebakla luka tu. Ya allah, mcmanalah abah kat sana.

Nak dijadikan cerita, bila keadaan kaki bertambah teruk, abah gagah utk ke hospital sana utk cuci kaki yang bernanah dan hampir busuk. Mak aaaiii. abah kata kat sana sekali cuci RM300. emm abah patah hati, sayang duit kot. tp bila kawan2 jemaah umrah dengar, adalah seorang jemaah tu niat ikhlas bersedekah segala perbelanjaan kenderaan pergi dan balik ke hospital dan sekali bayaran rawatan. alhamdulillah, terima kasih sangat2 kepada allah yang mengerakkan hati hambanya itu.

so Dr sana cuma dapat cuci sekali kaki abah tu. sambil komplen, Dr kata kenapa dah sampai mekah baru cuci, kenapa tidak cuci di madinah. masa tu lagi 3 hari nk balik Msia. So  sambung nanti plak.. heee tak abis citer kawan ajak sarapan plak





Wednesday, February 26, 2014

khamis 27 feb 2014

Alhamdulillah...

Pengarah opis aku dah balik dari umrah.. so dpt la ole2 5 item dalam beg plastik yg comel.

Dan insyaallah tak lama lagi giliran mak abah aku lak pegi. insyaallah 27 mac akan ada kenduri  kesyukuran sempena agenda umrah tu dan bakal bertolak pada 1 april kalau tak silap lah..

semalam nye citer.. aku dpt jogg 25 minit sejauh 3 km je.. itu pun atas track.. pastu buat kardio sikit dgn situp ape jenis ntah..

pastu buat beban yg agak kurang dr biasa.. sbbnye tak nk nampak shape terjojol sngt.. heee

so mlm hari plak g usya barang jajan tuk adik bawak g skol sok sbb ada jamuan bday bagi anak2 yg lahir bulan 1-2. so belilah 4 item jajan (ibu dia banje) aku bawak je.. heee

hari ni nk layan job yg tak sudah2.. tadi dah pulun telo rebus 2 biji buang kuning dgn roti sekeping.. sambil telan kekacang dan kurma dari mekah.. alhamdulillahh

Thursday, January 31, 2013

Selamat hari jumaat.. seronok hari jumaat ni kalau dapat cuti free pastu sambung kehari isnin. pergh rehat manjang. tapi otak boleh beku dgn hal2 sekeliling. SO bila naik keje kt opis.. konpem lembab sikit dari biasa. so mulalah ada monday blues la. tuesday blues.. sudahnya sampai friday blues.. so bila nk rock/heavy metal job workers..

so semua tu sendiri fikirlah.

nk citer mcm minggu lepas.. kebetulan hari keputeraan NABI MUHAMMAD S.A.W jatuh pada khamis 24 jan.. so apply la cuti jumaat tu.. ahad plak cuti Thaipusam.. so konpem gamen punye pasal cuti dibawa ke hadapan.. so apa lagi mencanak la rasa cuti dari khamis sampai isnin (5 hari coti). sapa tak nak.. Kebetulan plak memang plan nk balik kampung (johor).

Mak dah mintak nk balik kampung sejak 2 bulan duduk kt MERU. Bermula dari bulan 11 majlis kenduri sunat anak abg aku kt melaka, membawa ke majlis kawin sepupu aku kt shah alam.. so terus la bertapa mak abah aku kt MERU. So bila dpt cuti panjang ni memang niat nk bawak balik kampung. Bukan nk anto tapi nak kemas umah. Jenguk2 kot ada apa2 hal kt umah yg ditinggalkan tu. Kata org tak baik umah tinggalkan lama2 tanpa penghuni. Sbb nti kang ada yg duk dtg.. Memang la yg duk dtg posmen atau tukang kira bil api+air. Tapi kalau tu yg dtg takpe.. Ni yg halus2 nih. suka sangat bertandang kt umah2 yg terbio.. Tapi aku yakin takde.. Insyaallah ada Nur cahaya dari ALLAH dan para malaikat yg menjaganya..

So gerak la balik lepas sarapan pagi dalam kul 9.30 dari MERU. Tekan laju je sampai Pagoh benti isi minyak supaya kt kampugn senang tak yah nk topap2 lgi kalau nk meronda. Sampai kampung elok sangat la kul 12 lebey. singgah sana sini beli barang masak dan apa bagai. sampai umah lepas zohor. Sblm masuk ke perkarangan umah, siap la aku baca ayat2 yg aku tau utk pendinding aku sekeluarga. So aku, OU aku dgn mak la yg bersihkn umah dlu sementara abah dgn anak2 kt depan menunggu. dapat sapu sikit utk buka laluan umah yg dah penuh dgn habuk dan tahi cicik, boleh la abah masuk dan anak2 duduk sikit.

lama gak la mengemas dekat sejam kot. dari ruang anjung depan sapu mop, ruang dlm sapu dan mop sampai lah ke dapur.. tak benti kt situ. kene layan siang ikan dan ayam utk masak. yerlah sampai umah takde apa bahan. so siapkan la segala hal. kali ni aku niat memang bio aku yg siang dan siapkan bahan mentah utk dimasak. aku wase sangat membantu meringgankan beban OU aku dgn mak. yerlah kalau dah bersih semua tu tinggal tumbuk2 pastu campak maka siaplah juadah utk dimakan dan boleh berehat.

siapo segala hal barulah anak boleh rehat dan aku pun boleh layan pejam mata kejap. maklumlah penat jadi pilot td. bangun2 masakan siap dan makan la menu diet aku. ptg tu kemas la apa yg patut. kol dan sms adik beradik lain ckp aku dah sampai kt kampung. so mana yg boleh balik tu ada la suara2 atau pesanan ringkas sms.

hari kedua (jumaat) agak panas tapi syok la abg dan akak aku ada yg balik. so boleh la sembang semangkuk dua cawan cerita. hehehe.. dalam pada masa tu gak tak lupa aku g cuci kaki abah. mcm biasa sehari 2 kali. tapi sejak dia pakai ubat baru ni dia ckp kesan dia kalau boleh 3 hari sekali cuci. tak sampai hati aku tengok kesan nanah dan air kotoran pada pembalut. so aku cuci gak tiap hari. tapi sekali la. abah ckp nti kesan ubat tu tak sempat nampak dah aku bukak. tapi aku tak suka tengok lalat dtg hinggap pd pembalut luka kaki abah yg dah berbau tu. so dalam diam aku cuci gak kdg2.. supay abersih dan harum..

mak dgn OU aku tak sudah2 bersihkan halaman belakan gumah. rumput2 dan tanaman. mana yg boleh di petik dan makan dan hapuskan. akak aku dah sibuk dgn anak kembo dia so rehat sikit la tak nk susahkan dia. abg aku plak balik dgn wira racing. so di apun sibuk sbb cuti sehari je. so malas la nk susah kn dia. so kali  ni aku je la urus hal sikit2.. anak2 setel dgn PSP tiap sorang. so takle meracau ckp bosan nk itu ini.

malam konpem senyap. best kali ni dpt berjemaah reramai cuma kesian abah la tak dpt join. yerlah kan uzur.. jumaat tu seawal jam 6.45 aku dah bawak abah ke spital batu pahat. sampai sana kecewalah dr takde. cuma boleh amik darah utk sesi susulan 5 feb nti. so lepas siap gerak la balik. singgah klinik merlong amik ubat mak. pastu beli barang masak dan makanan sikit hantar kt umah. sampai umah makanan dah siap terhidang so ajak la abah makan dlu sbb kejap lagi nk gerak ke pontian plak utk perbaharui kad OKU. wajib baharui utk dptkan sumbangan duit kebajikan masyarakat pada warga OKU di Johor. untungkan jadi org johor. hehe aku wase negeri lain pun ada..

so 1.30 aku gerak ke pontian sbb tak nk lambat takut ramai org. aku dah niat musafir jek so takdela aku solat jumaat itu hari. aku layankan zuhor je. hehe bersalahnya aku wase..

sampai pontian lebey kurang 40 minit perjalanan so terus ke pejabat kebajikan tu. sekejap je urusan. aku plak tak siap2 bawak segala salinan ic dan kad oku lama so kt situlah pegawai tu tlg buatkan. dgn sopan santunnya aku ckp lupa dan dia pun dgn baik budi bahasanya ckp takpe. so setel. gambo ukuran pasport pun pegawai tu tlg setelkan. so senang keje aku. tulah kata org. buat benda ikhlas dgn mak abah ni sure allah akan bantu.

so siap je hal OKU aku terus pecut balik umah. sampai umah masih awal jam 4 kot. so rehat2.. santai2.. mlm tu lepaskan kepenatan dgn tido. sabtu pagi bangun dgn semangat mengemas lg
hapuskan anai2 dan segala mcm kotoran (tikus) aku dpt berkas 7 ekor anak tikus yg masih tutup2 mata gitu. emak dia je tak dpt sbb laju sangat lari. so dgn rasa kejam tak seberapa tu aku cangkul tanah lalu aku tanam tikus2 tu (yang pada mulanya mak aku nk buat) so aku amiklah kekejaman tu. tapi nk buat mcm mana kan. daripad amembiak so beter aku hapuskan.

siap hal tu bolehlah mandi2 dan plan mlm tu utk makan mee bandung warung wak radol kempas. so tempohla laluan sejam lebey sikit. sanggup tu utk makan mlm semata2.. tau2 je sampai umah jam 12 lebih. itu jam rasa penat la sikit.

so pagi ahad tu dah siap2 packing. tapi aku tangguh ckp kat OU aku balik lepas maghrib. so bolehlah sabit kelapa, kutip daun2 buat masakan balik meru. buah ciku tak usah ckp la. memang berpuluh biji dah siap kutip, lap dan tersimpan rapi dlm beg plastik. semua tu keje OU aku. dgn kain gombang je aku panjat petik ciku. 

seronok balik kali ni jiran2 dan sedar amcm tau2 je abah aku balik. so ramailah yg dtg melawat. takla abah aku sunyi. so kedengaran dari hari pertama balik sampai la aku nk balik meru jalan cerita yg sama abah aku ulang. yerlah org yg dtg silih berganti.

terima kasih pada ALLAH dan segalanya yg berlaku.. amin..                

Wednesday, January 09, 2013

Jam menunjukkan jam 8.10 pg waktu nih,

mood bekerja masih suram, hehe.. biasalah keje gamen. tak elok mcm ni kan. so amik mood update blog jap setelah aku pekena sebiji strawberi hadiah buah tangan OU aku dipagi hari (hasil petik dari pkok yg dibeli di cameron). Pastu aku jamah apa yg aku tapau kat pasar seksyen 6 s.alam pg ni. Adalah seketul ayam bahagian belakang, sepotong daging masak rendang dan telur goreng. Aku bilas dgn air mineral beli kat pantri i-Learn (jijalnya produk)..

So hari ni nk citer,

Dah bermula semalam pun sesi cuci kaki abah aku,

1) bangun seawal jam 5 pagi, cuci kaki kaki abah kat rumah adik ipo aku. cuci bersama2 la dgn si hadi tu. gagahkan juga bangun pepagi ngadap pesakit.. hehe.. biasanya ayat pembuka bicara " dah amik no ke" dah daftar ke" sambil sarung tangan getah, bukak beg plastik set mencuci luka. pastu tanya lagik! makan ubat tak, jaga makan tak.. hehe dalam sedih melihat kakai abah yg dipotong tu ada gak hiburan walaupun kdg2 sunyi je tanpa kata. yerlah pagi buta. kalah klinik2 kt msia nih yg bukak pun kul 8. selalunya habis cuci jam 5.30 pagi la. so siap2 balik umah rutin biasa gosok baju anak tuk sesi sekolah agama dan kebangsaan. pastu mandi baru solat dan sedia sarapan sikit (gegilir dgn OU)

2) sesi malam plak, biasanya sampai umah jam 7-7.10.. sblm waktu azan so bolehla ratakan badan kt tilam jap.. mandi apa bagai semua, solat dan suh anak g ngaji, barulah aku ke umah adik ipo (sebelah je). apa lagi.. kasi jmpa pesakit (abah) cuci kaki lah) so senang cakap sehari 2 kali cuci. barulah cpt baik dan harap2 kesan potongan tu boleh katup la kan. siap cuci aku balik umah tengok menu apa makan malam. kalau takde menu protin kenelah oder kat OU aku siapkan kejap sblm anak balik makan. maklumlah diet atkins.

3) kat opis plak la ni tgh duk kecoh hal SKT. smlm dah meeting, ntah bape markah penilaian prestasi aku tahun lepas. aku plak sibuk hal keje tak sudah2. dah jemu dah dgn keje rutin 2-3 tahun yg sama. baru ni ada la keje design sikit. tu pun sbb hujung bulan ni ada event konferansi akademik sekalilah dgn amanat tahun baru dari naib canselor uitm. bergasak la keje dgn org2 atasan waktu nih. yerlah nk nampak gah katanya. so tengok je la 30-31 nti. tak tau waktu tu org cuti manjang.. yerlah cuti bersambung dari maulidur rasul ke thaipusam..

4) anak aku si Nur Aisyah Laila kene serangan asma lagi. kali ni tak teruk sangat tapi smlm dari jam 8 sampai 11 gak la aku uruskan dia. Lepas anto si Nuh Asyraaf ke SK Raja Muda s.alam Seksyen 4 aku anto si Nuh Aniq ke SR agama seksyen 3, pastu anto OU aku kat intekma resort, pastu anto adik dia si Nur Aini ke taska uitm. Lepas aku punch card dan apply 2 jam aku bawak si Aisyah ke klinik gamen seksyen 7. Agak ramai org dah beratur dan duduk. Nasib baik aku nampak kaunter pendaftaran yg lenggang, terus aku dapatkan maklumat dr penjaga kaunter tu tanya mana tmpt utk org sakit lelah. dia bagi no giliran dan terus amik gas penafasan kat bilik 13. Tapi utk sesi jmpa dr di abagi masuk bilik 8. So dalam tunggu tak tunggu siap amik gas cek tekanan darah, timbang berat dan jmpa dr amik ubat siap la dalam kul 9.45.. cuma yg tak bestnya gas pencegahan lelah takde kt klinik tu. so aku kene refer DEMC la. pulak dah.. jenuh kesana plak. singgah KFC jap bagi si aisyah sarapan sbb nk makan ubat. tgh duk makan aku gerak ke DEMC. sampai demc baru nk turun kete si aisyah ni plak ter kincit.. aduyai.. dah kene patah balik ke taska uitm tmpt dia transit utk mandi dan salin baju. siap2 apa semua gerak ke demc gak utk amik gas tuh(wajib dan sangat diperlukan) so amik no giliran takyah jmpa dr dapat ubat terus blah anto dia ke taska. terus aku masuk opis dlm jam 11 pagi. perghhh terlajak sejam dari kebenaran kuar yang aku apply tadi.

5) layan keje design hal konferansi print name tag dan samapi petang plak ada meeting dgn vendor. agak2 la meeting kul 4 lebey.. dum dam2 last2 dgn mata terpejam terkuyu tersenguuk2 aku berjaya gak bertahan sampai jam 5.30. lepas tu aku blah amik anak aku kat taska. kene charge sikitlah sbb lambat. pastu amik beg si abang kt sekolah agama (tmtp dia transit sejak darjah 4 ni) pastu jumpa OU dgn si abang kat sekolah kebangsaan tunggu aniq dan aisyah balik kul 6 (hari rabu) kalau hari lain 6.30. jumaat plak 6.10.. tu sbbnya aku sampai umah dalam kul 7-7.10 

      

Wednesday, January 02, 2013

Syukur alhamdulillah...


Setelah bercuti 5 hari mula dari sabtu 29 dis 2012.. akhirnya hari ni 3 jan 2013 aku masuk bekerja kat opis ilearn.


emmm.. suasa sama je cuma agak senyap sbb maybe masing2 masih kuyu layu di awal pagi. dan aku pun tak bukak lagi lagu2 di corong2 radio atau corong mulut aku sendiri..


emm.. pagi ni nk citer hal anak2 sekolah.


wallaawweee wewewewe... smlm hari pertama persekolah bagi sesi 2013 untuk sekolah jenis kebangsaan melayu mahu pun cina dan india.. tapi kene ada KOT.. kot la kan. mana tau bangsa lain mula sekolah lambat sikit. tapi yg pasti sekolah menengah baru bermula hari ni kot.


so far, alhamdulillah segala urusan berjalan lancar.. bermula dari episod menghabis duit, faham2 je le. semua nk baru, paling tidak sehelai sbb tahun lepas nya baju atau suar atau beg masih elok sbbnya beli pun dekat akhir tahun. yerlah kan. semua kelengkapan anak sekolah ni jgn nk kata beli sekali setahun, sori la der.. konpem masing2 akan merasa setahun kadang2 beli sampai 3 kali. tapi kalau kes yg sekali beli tu tentu ada sbb tertentu. antaranya surelah yg berjenama tahan lama seperti beg, kalau kasut tu jgn duk leceh.. sure akan beli 2 kali. kalau lasak sangat sampai koyak2 rabak surelah 3 kali beli. kalau jenis yg nk kasut sesi sekolah pagi lain petang lain.. konpem berpasang2.. 


so tu citer hal kelengkapan sekolah. so citer hal pembelajaran plak dgn sesi yuran dan segala hal buku bakan.. sengaja aku sebut buku bakan. yerlah sampai masa duk penuh beg dan almari dgn buku2 yg dah habis guna surenye akan di bako. takkan nk dibio. kalau nk kitar semula pun duk pilih2 si pembeli barang lusuh tu.

mcm biasalah memasing punye hal, kdg2 tu sekolah kerajaan kurang memuaskan, so si ibu dan ayah ni akan pilih sekolah berbayo, mcm tu gak dgn hal sekolah agama, dan paling tak ketinggalan si kecik, dari usia 2-3 bln dah anto di umah pengasuh, manakalayg dah beso sikit 3-4 thn dah mula ke taska. yg biasanya kita sejak kecik dlu umo 6 thn baru kenal tadika. heee lambat belajo patut lombab..


tapi anak2 kecik skrng memang ckup2 di manjakan dgn hal duniawi.. belum lahir dah naik keto, makan sodap2, g melancong sana sini. lahir je esok. tok sah katalah. sendiri faham.. so semua itu kitaran hidup. kalau dlu zaman purba hanya batu dan kayu. masuk zaman moden dah ada kerusi meja katil dan air lampu, so zaman yg canggih nih tak habis ckp apa saja nak boleh dapat. asalkan pulusnya lebat.

hari ni nye kes, tak sanggup dilihat dan didengar, rayuan dan esakan tanggisan anak aku si aini, smlm ok bila OU aku anto sampai dalam bilik taska umo 4 thn. ok je tak melalak, balik petang tu aku jemput baru cikgu dia ckp dia nanggis waktu nk tido tghari. mungkin dia terasa dipaksa tido beramai2 kot.. hehe.. so hari ni OU aku dah keje gak, so mulalah dia meragam bila aku yg anto.


pepagi kul 5.30 aku dah bangun, kejut si abg 2 beradik tu dlu, cergas, cuma si abg siap nanggis2 malas nk bangun , mcm biasa kot, tak bole tido mlm, so bila pagi je tak nk bangun. tp aku tengok gagah gak dia mandi siap2 bagai bila time sarapan je liat. sblm tuh kasi hint sikti dah solat ke lom. bukan per, masuk sesi sekolah pagi kebangsaan ni rasanya pelu kot sarapan dirumah buat alas perut sblm tiba waktu rehat yg ntah2 kul 10 pagi. bayangkan je la dari jam 7.30 masuk kelas sampai kul 10 kalau perut kosong. maunya tak pitam budak tuh.


so bila dah siap mandi, sdg aku siap solat si adik ni tak yah kejut2 dahbangun dtg.. baring kat riba aku, mintak di gosok belai manja tepuk2.. hishhh.. mula dah.. tapi ok je. suh mandi siap mandi pakai baju si abang berdua dah makan sarapan dah. si akak plak mandi, siap mandi semua siap makan aku sambil rebus telo 2 biji (menu diet aktins) sambil gosok baju batik (khamis-staf gomen katekan). siap je smua telur pun siap so punggah beg dan baju dlm kete. 6.30 semua dah ready to go.


so berlepas dgn penerbangan seawal jam 6.33 pagi dan dgn bergayanya sampai ke area shah alam 7 pagi. mak aii awalnya. so singgah la bawak OU aku tapau utk dia sarap. padehal dia dah bantai koko crunch td pg dgn si anak2.. so nk lambatkan waktu sikit singgah la kan. seterusnya anto si abang yg darjah 4 kt SK RAJA MUDA, semangat bukan main bangun dari lelap dlm kete tuh terus bangun sandang beg nk berlari, aku tahan dlu kasi salam, peluk sikit, minum ayo kosong baru pas baton.. ha baru cergas, pastu pusing sikit anto si akak dan si abg kecik kat sekolah rendah agama seksyen 3, ok je diaorang tu dah biasa kan, sekali lah aku letak baju dan beg sekolah agama utk si abg nanti utk sesi petang kat surau sekolah tu.
so nti kul 1 OU aku akan dtg surau sekolah tu tuk pantau si abg siap2 transit mandi dan salan baju. kalau sempat teman makan sekali lagi bagus. 


lepas anto si abg, aku anto OU aku kt opis dia, belakang area sekolah agama tu je, tapi jenuh gak kalau jalan kaki ada 10 minit kot. kat situ je dah nampak dah.. nampak dah.. ni sambung citer yg tadi... si adik.. amboi bukan main dia sengeh2.. nk babai ibu.. nk bukak tingkap kete, nk pasang lagu.. amik mood nk ke taska.. hari kedua katakan.. dalam hati aku doa2 je semoga adik ok dah gumbira sbb wajah dia tak nampak sikit pun mood poyo tuh..


sepanjang jalan ke dalam taska uitm.. aku jenuh citer gitu gini.. dia pun hepi jek.. sekali sampai je paking taska, aku nk suh dia turun.. emm muka kelat tambah emosi dah nampak dah.. aku dah agak dah.. konpem melalak.. emm dia lompat terus panjat dakap aku tak lepas. aku bawak dia sampai ke dlm kelas dia.. tak nk lepas melekat.. aku pujuk kesana sini, tengok kelas baby/kelas budak umo 1 thn/taman permainan sebelah tu/pastu pusing sana sini. pergh berjaya pujuk bila aku sebut nk bawak botol susu/ masuk je kelas balik dia melekat kt aku balik.. emm sudah aku ckp.. mcm mana nih.. pujuk punya pujuk adalah 15 minit kot sejak tadi aku berjaya letak kaki dia atas lantai, itupun sbb aku dah duduk. cikgu dia dtg aku tepuk2 dia nk kasi cikgu lagi kuat dia meronta, suara dah kuat dah melalak.. emm last sekali aku cuma mampu alihkanpandangan sbb tak tahan nengok muka dia mintak tolong ayah .. ayah bila cikgu dia mula tarik dia ambik.. emosi beb.. jiwa kacau kang.. so dgn sedar tak sedar dia tarik lenganbaju berlipat aku nih sambil teriak ayah2 lalu lepas dan cikgu dia bingkas bangun bawak dia ke bilik lain utk pujuk. aku pun blah. amik baju si abg kecik dan akak tuk letak nti transit situ..


so sampai je opis aku rase lapang sikit dan dgn harapan semuanya ok.. insyaallah para malaikat dan ALLAH akan membantu aku dari segala mcm hal. dan dah pukul 8.20 nih aku masih tak mula keje. so nk sudahkan hal blog nih.. kang kul 10 nk kuar balik umah bawak ayah aku cuci kaki kat klinik plak.. so tu je la..

sambung len kali.. tak sabo nk balik jemput si adik yayang.....

Thursday, November 22, 2012

Assalamualaikum Semua, Hai apa la khabarnya kawan2 se'blog' sekalian, agak suram dan agak lenggang blog nih sbb dah sekian lama tidak diupdate. Syukur alhamdulillah keadaan diri dan keluarga semuanya baik2 saja. Biasalah kalau baik saja tu mesti ada kejadian2 yg dirancang atau tidak kan. Selama aku mendiamkan diri nih, banyak kisah baik dan buruk telah terjadi. so sblm aku lupa terus beter aku tulis sikit kt sini. len kali boleh baca dan ingat2 balik.. hehe listing dari yg terkini sampai yang dah lama2.. (harap2 aku ingat balik la semuanya)

1. Terkini! anak pakcik aku (ayu) bakal mengakhiri zaman daranya pada 24 nov 2012.

2. Mak abah aku datang ke meru setelah hadir ke majlis kenduri kesyukuran (sunat) anak sedara aku di melaka.

2.5 --- JIWA KACAU ---- SEDIH SANGAT2 --- tak dapat ditulis -----

3. mak abah datang lama kat umah aku so mak abah siap2 bawak pisang, nenas, petai dan ayam kampung siap sembelih 10 ekor serta 20 ekor anak ayam kampung.

4. berkampung 2 hari 1 mlm di melaka, lepak Teratak Ayu Chalet atie ira pekalan balak.

5. aku dgn adik ipar aku siapkan reban ayam yang mak abah aku bawak nanti dr kampung.

6. WLA (kancil terbo) masuk bengkel, sakit sendi kot.

7. Balik temerloh, lepak 3 hari 2 mlm, sambil2 tengok umah mertua yg dah kosong dan layan mak mie makan2.

7.5 Layan kenduri kawin kt sungkai, nk lepak air panas sungai klah tak dapek, ujan lebat, so lajak2 sampai setiawan nengok ladang anggur & lumur jalan2

8. Berkampung di perak 3 hari 2 mlm, berbengkel di UITM Sri iskandar

9. Rewang kenduri taman TMM2 sempena majlis raya haji + raya aidilfitri dan penyampaian hadiah pemenang badminton.

10. Berkampung di Penang 4 hari 3 mlm, bengkel di UiTM Bukit Mertajam

 itu je la dapat ingat. nanti sambung lagi.. emmm oklah tu dari takde kenangan tercatit. so wat masa nih, mak abah aku akan lepak dekat dgn umah aku sampai adik aku bersalin nanti. insyaallah semuanya dipermudahkan. AMIN

Monday, March 12, 2012

aktiviti memakan diri..

Perghh.. Ponat dlm erti kata laen.. Lunyai...

Hari ni wa lesu lemah longlai.. Masih cergas dan semangat utk pergi keje.. Almaklumlah cuti sekolah. Konpem jalan x jem.. Mm dan pg tak stress siapkn kelengkapan anak kesekolah.. Paling koman pun layan diaorong tngk tv, men beskal, kejo2, sakat2. Peh tu klu wa lenguh2 konpem gilir2 anak wa pijak2 belakang wa.. Besh2..

Wa citerlah ckit xtvt wa spnjg mgu lpas.. Seawal bln mac opis wa dah dikejutkn dgn berita gumbira dimana salah sorang anak dara opis wa akwn melangsungkn pknwinan.. X sangka plak.. Yg selalu digembargemburkn ingin berlaki adalah rina tetapi sangkaan wa meleset bilamana surat jemputan yg diterima adalah drpd hani a.k.a otomen...

Tarikh yg diterima pada 10 mac iaitu hr sabtu.. Sama tarikh dgnmajlis pertunangan rina, sama gak dgn majlis rewang akikah anak kawan kat taman wa tinggal.. So surela kelamkabut nk penuhi setiap undangan.. Tp wa cool, mcm biasa, uruskn satu persatu..

Tp x dlupakn..mdetik itam dmana wa dgn regu wa terpaksa menelan pahit kekalahn straight set dgn kiraan mata 21-18, 21-18... pergh sdia punye bahang tu sampai berjela2 la post dlm fb.. Tauje la, klu wa menang pun akan kecoh pd yg tewas.. Tp solute la pd team wa yg laen.. Hantar 5 regu.. Menang 4.. Tewas tu la wa.. Huhu..

Episod tu berlaku isnin pagi, dan isnin mlm selasa plak, team opis wa.. 5 regu gak.. Kasi lawan team ined.. Nak dijadikan citer.. Regu wa menang, regu kdua seri, regu 3-5 tewas tipis.. Hurmm... So iirenye team opis wa kalahla.. So tutup kes tu.. Bukak kes baru khamis tghari.. Hehe.. Kali ni wa x jd nk main sbb (bkn nk belagak tp rasanya saingan dr pihak lwn kurang menyerlah) so pasla game tu pd team wa yg len. Sudshnye hanya main 3 regu.. Team wa menang.

Dan yg terbaru skali.. Opis wa akan repeat dgn team ined pd 26 mac di dewan HEP.. So wa memang berkobar2 dah utk benam regu prtama diaorng.. So saksikn je la nanti..

Sblm acara tu diperbincangkn td.. Hari sabtu pg 10 mac wa sekeluarga gerak seawal jam 8.30 pg menuju ke kuala kangsar. Jumpa team konvoi di area gopeng.. Sampai ske rumah hani (kawin) pd jam 12.30 tghari.. Belasah mkn nasi minyak dan tunggu sesi sanding. Tp wa terpaksa bergegas pulang sbb dah ada agenda lain.. Mcm biasalah.. Klu dah sampai area perak, surela cameron jd lokasi pilihan utk disinggah.. So berjimba2la dr jam 4 ptg tu sampai 7 mlm... Dek kerana wa kaki tekan pedal. Wa sampai umah sekitar 11.30 mlm..

Esok pg ni jam 6.30 wa sesiap dah utk rewang kt majlis akikah d taman wa.. Aduyaii.. Penat smlm x ilang dah kene oerah kudrat utk warga taman.. Akhirnye wa rebah kalah setelah menyaksikan dato lee c wei berikn kmenangan prcuma pd lin&.. Gara2 kesakitan dibahu kanan.. Mcm wa lw tmpoh hr.. Klu lcwei yg gagah dan fit tu pn x tahan sakit.. Apatah lg wa yg biasa2 ni.. Hehe.. So itulah kisah sepanjang 2 mggu lepas... Sngt memenatkn tp menyeronokkan. Cuma dihati tuhan saja yg tau segalanya...