Wednesday, January 09, 2013

Jam menunjukkan jam 8.10 pg waktu nih,

mood bekerja masih suram, hehe.. biasalah keje gamen. tak elok mcm ni kan. so amik mood update blog jap setelah aku pekena sebiji strawberi hadiah buah tangan OU aku dipagi hari (hasil petik dari pkok yg dibeli di cameron). Pastu aku jamah apa yg aku tapau kat pasar seksyen 6 s.alam pg ni. Adalah seketul ayam bahagian belakang, sepotong daging masak rendang dan telur goreng. Aku bilas dgn air mineral beli kat pantri i-Learn (jijalnya produk)..

So hari ni nk citer,

Dah bermula semalam pun sesi cuci kaki abah aku,

1) bangun seawal jam 5 pagi, cuci kaki kaki abah kat rumah adik ipo aku. cuci bersama2 la dgn si hadi tu. gagahkan juga bangun pepagi ngadap pesakit.. hehe.. biasanya ayat pembuka bicara " dah amik no ke" dah daftar ke" sambil sarung tangan getah, bukak beg plastik set mencuci luka. pastu tanya lagik! makan ubat tak, jaga makan tak.. hehe dalam sedih melihat kakai abah yg dipotong tu ada gak hiburan walaupun kdg2 sunyi je tanpa kata. yerlah pagi buta. kalah klinik2 kt msia nih yg bukak pun kul 8. selalunya habis cuci jam 5.30 pagi la. so siap2 balik umah rutin biasa gosok baju anak tuk sesi sekolah agama dan kebangsaan. pastu mandi baru solat dan sedia sarapan sikit (gegilir dgn OU)

2) sesi malam plak, biasanya sampai umah jam 7-7.10.. sblm waktu azan so bolehla ratakan badan kt tilam jap.. mandi apa bagai semua, solat dan suh anak g ngaji, barulah aku ke umah adik ipo (sebelah je). apa lagi.. kasi jmpa pesakit (abah) cuci kaki lah) so senang cakap sehari 2 kali cuci. barulah cpt baik dan harap2 kesan potongan tu boleh katup la kan. siap cuci aku balik umah tengok menu apa makan malam. kalau takde menu protin kenelah oder kat OU aku siapkan kejap sblm anak balik makan. maklumlah diet atkins.

3) kat opis plak la ni tgh duk kecoh hal SKT. smlm dah meeting, ntah bape markah penilaian prestasi aku tahun lepas. aku plak sibuk hal keje tak sudah2. dah jemu dah dgn keje rutin 2-3 tahun yg sama. baru ni ada la keje design sikit. tu pun sbb hujung bulan ni ada event konferansi akademik sekalilah dgn amanat tahun baru dari naib canselor uitm. bergasak la keje dgn org2 atasan waktu nih. yerlah nk nampak gah katanya. so tengok je la 30-31 nti. tak tau waktu tu org cuti manjang.. yerlah cuti bersambung dari maulidur rasul ke thaipusam..

4) anak aku si Nur Aisyah Laila kene serangan asma lagi. kali ni tak teruk sangat tapi smlm dari jam 8 sampai 11 gak la aku uruskan dia. Lepas anto si Nuh Asyraaf ke SK Raja Muda s.alam Seksyen 4 aku anto si Nuh Aniq ke SR agama seksyen 3, pastu anto OU aku kat intekma resort, pastu anto adik dia si Nur Aini ke taska uitm. Lepas aku punch card dan apply 2 jam aku bawak si Aisyah ke klinik gamen seksyen 7. Agak ramai org dah beratur dan duduk. Nasib baik aku nampak kaunter pendaftaran yg lenggang, terus aku dapatkan maklumat dr penjaga kaunter tu tanya mana tmpt utk org sakit lelah. dia bagi no giliran dan terus amik gas penafasan kat bilik 13. Tapi utk sesi jmpa dr di abagi masuk bilik 8. So dalam tunggu tak tunggu siap amik gas cek tekanan darah, timbang berat dan jmpa dr amik ubat siap la dalam kul 9.45.. cuma yg tak bestnya gas pencegahan lelah takde kt klinik tu. so aku kene refer DEMC la. pulak dah.. jenuh kesana plak. singgah KFC jap bagi si aisyah sarapan sbb nk makan ubat. tgh duk makan aku gerak ke DEMC. sampai demc baru nk turun kete si aisyah ni plak ter kincit.. aduyai.. dah kene patah balik ke taska uitm tmpt dia transit utk mandi dan salin baju. siap2 apa semua gerak ke demc gak utk amik gas tuh(wajib dan sangat diperlukan) so amik no giliran takyah jmpa dr dapat ubat terus blah anto dia ke taska. terus aku masuk opis dlm jam 11 pagi. perghhh terlajak sejam dari kebenaran kuar yang aku apply tadi.

5) layan keje design hal konferansi print name tag dan samapi petang plak ada meeting dgn vendor. agak2 la meeting kul 4 lebey.. dum dam2 last2 dgn mata terpejam terkuyu tersenguuk2 aku berjaya gak bertahan sampai jam 5.30. lepas tu aku blah amik anak aku kat taska. kene charge sikitlah sbb lambat. pastu amik beg si abang kt sekolah agama (tmtp dia transit sejak darjah 4 ni) pastu jumpa OU dgn si abang kat sekolah kebangsaan tunggu aniq dan aisyah balik kul 6 (hari rabu) kalau hari lain 6.30. jumaat plak 6.10.. tu sbbnya aku sampai umah dalam kul 7-7.10 

      

No comments: