Thursday, January 31, 2013

Selamat hari jumaat.. seronok hari jumaat ni kalau dapat cuti free pastu sambung kehari isnin. pergh rehat manjang. tapi otak boleh beku dgn hal2 sekeliling. SO bila naik keje kt opis.. konpem lembab sikit dari biasa. so mulalah ada monday blues la. tuesday blues.. sudahnya sampai friday blues.. so bila nk rock/heavy metal job workers..

so semua tu sendiri fikirlah.

nk citer mcm minggu lepas.. kebetulan hari keputeraan NABI MUHAMMAD S.A.W jatuh pada khamis 24 jan.. so apply la cuti jumaat tu.. ahad plak cuti Thaipusam.. so konpem gamen punye pasal cuti dibawa ke hadapan.. so apa lagi mencanak la rasa cuti dari khamis sampai isnin (5 hari coti). sapa tak nak.. Kebetulan plak memang plan nk balik kampung (johor).

Mak dah mintak nk balik kampung sejak 2 bulan duduk kt MERU. Bermula dari bulan 11 majlis kenduri sunat anak abg aku kt melaka, membawa ke majlis kawin sepupu aku kt shah alam.. so terus la bertapa mak abah aku kt MERU. So bila dpt cuti panjang ni memang niat nk bawak balik kampung. Bukan nk anto tapi nak kemas umah. Jenguk2 kot ada apa2 hal kt umah yg ditinggalkan tu. Kata org tak baik umah tinggalkan lama2 tanpa penghuni. Sbb nti kang ada yg duk dtg.. Memang la yg duk dtg posmen atau tukang kira bil api+air. Tapi kalau tu yg dtg takpe.. Ni yg halus2 nih. suka sangat bertandang kt umah2 yg terbio.. Tapi aku yakin takde.. Insyaallah ada Nur cahaya dari ALLAH dan para malaikat yg menjaganya..

So gerak la balik lepas sarapan pagi dalam kul 9.30 dari MERU. Tekan laju je sampai Pagoh benti isi minyak supaya kt kampugn senang tak yah nk topap2 lgi kalau nk meronda. Sampai kampung elok sangat la kul 12 lebey. singgah sana sini beli barang masak dan apa bagai. sampai umah lepas zohor. Sblm masuk ke perkarangan umah, siap la aku baca ayat2 yg aku tau utk pendinding aku sekeluarga. So aku, OU aku dgn mak la yg bersihkn umah dlu sementara abah dgn anak2 kt depan menunggu. dapat sapu sikit utk buka laluan umah yg dah penuh dgn habuk dan tahi cicik, boleh la abah masuk dan anak2 duduk sikit.

lama gak la mengemas dekat sejam kot. dari ruang anjung depan sapu mop, ruang dlm sapu dan mop sampai lah ke dapur.. tak benti kt situ. kene layan siang ikan dan ayam utk masak. yerlah sampai umah takde apa bahan. so siapkan la segala hal. kali ni aku niat memang bio aku yg siang dan siapkan bahan mentah utk dimasak. aku wase sangat membantu meringgankan beban OU aku dgn mak. yerlah kalau dah bersih semua tu tinggal tumbuk2 pastu campak maka siaplah juadah utk dimakan dan boleh berehat.

siapo segala hal barulah anak boleh rehat dan aku pun boleh layan pejam mata kejap. maklumlah penat jadi pilot td. bangun2 masakan siap dan makan la menu diet aku. ptg tu kemas la apa yg patut. kol dan sms adik beradik lain ckp aku dah sampai kt kampung. so mana yg boleh balik tu ada la suara2 atau pesanan ringkas sms.

hari kedua (jumaat) agak panas tapi syok la abg dan akak aku ada yg balik. so boleh la sembang semangkuk dua cawan cerita. hehehe.. dalam pada masa tu gak tak lupa aku g cuci kaki abah. mcm biasa sehari 2 kali. tapi sejak dia pakai ubat baru ni dia ckp kesan dia kalau boleh 3 hari sekali cuci. tak sampai hati aku tengok kesan nanah dan air kotoran pada pembalut. so aku cuci gak tiap hari. tapi sekali la. abah ckp nti kesan ubat tu tak sempat nampak dah aku bukak. tapi aku tak suka tengok lalat dtg hinggap pd pembalut luka kaki abah yg dah berbau tu. so dalam diam aku cuci gak kdg2.. supay abersih dan harum..

mak dgn OU aku tak sudah2 bersihkan halaman belakan gumah. rumput2 dan tanaman. mana yg boleh di petik dan makan dan hapuskan. akak aku dah sibuk dgn anak kembo dia so rehat sikit la tak nk susahkan dia. abg aku plak balik dgn wira racing. so di apun sibuk sbb cuti sehari je. so malas la nk susah kn dia. so kali  ni aku je la urus hal sikit2.. anak2 setel dgn PSP tiap sorang. so takle meracau ckp bosan nk itu ini.

malam konpem senyap. best kali ni dpt berjemaah reramai cuma kesian abah la tak dpt join. yerlah kan uzur.. jumaat tu seawal jam 6.45 aku dah bawak abah ke spital batu pahat. sampai sana kecewalah dr takde. cuma boleh amik darah utk sesi susulan 5 feb nti. so lepas siap gerak la balik. singgah klinik merlong amik ubat mak. pastu beli barang masak dan makanan sikit hantar kt umah. sampai umah makanan dah siap terhidang so ajak la abah makan dlu sbb kejap lagi nk gerak ke pontian plak utk perbaharui kad OKU. wajib baharui utk dptkan sumbangan duit kebajikan masyarakat pada warga OKU di Johor. untungkan jadi org johor. hehe aku wase negeri lain pun ada..

so 1.30 aku gerak ke pontian sbb tak nk lambat takut ramai org. aku dah niat musafir jek so takdela aku solat jumaat itu hari. aku layankan zuhor je. hehe bersalahnya aku wase..

sampai pontian lebey kurang 40 minit perjalanan so terus ke pejabat kebajikan tu. sekejap je urusan. aku plak tak siap2 bawak segala salinan ic dan kad oku lama so kt situlah pegawai tu tlg buatkan. dgn sopan santunnya aku ckp lupa dan dia pun dgn baik budi bahasanya ckp takpe. so setel. gambo ukuran pasport pun pegawai tu tlg setelkan. so senang keje aku. tulah kata org. buat benda ikhlas dgn mak abah ni sure allah akan bantu.

so siap je hal OKU aku terus pecut balik umah. sampai umah masih awal jam 4 kot. so rehat2.. santai2.. mlm tu lepaskan kepenatan dgn tido. sabtu pagi bangun dgn semangat mengemas lg
hapuskan anai2 dan segala mcm kotoran (tikus) aku dpt berkas 7 ekor anak tikus yg masih tutup2 mata gitu. emak dia je tak dpt sbb laju sangat lari. so dgn rasa kejam tak seberapa tu aku cangkul tanah lalu aku tanam tikus2 tu (yang pada mulanya mak aku nk buat) so aku amiklah kekejaman tu. tapi nk buat mcm mana kan. daripad amembiak so beter aku hapuskan.

siap hal tu bolehlah mandi2 dan plan mlm tu utk makan mee bandung warung wak radol kempas. so tempohla laluan sejam lebey sikit. sanggup tu utk makan mlm semata2.. tau2 je sampai umah jam 12 lebih. itu jam rasa penat la sikit.

so pagi ahad tu dah siap2 packing. tapi aku tangguh ckp kat OU aku balik lepas maghrib. so bolehlah sabit kelapa, kutip daun2 buat masakan balik meru. buah ciku tak usah ckp la. memang berpuluh biji dah siap kutip, lap dan tersimpan rapi dlm beg plastik. semua tu keje OU aku. dgn kain gombang je aku panjat petik ciku. 

seronok balik kali ni jiran2 dan sedar amcm tau2 je abah aku balik. so ramailah yg dtg melawat. takla abah aku sunyi. so kedengaran dari hari pertama balik sampai la aku nk balik meru jalan cerita yg sama abah aku ulang. yerlah org yg dtg silih berganti.

terima kasih pada ALLAH dan segalanya yg berlaku.. amin..                

1 comment:

Anonymous said...

ZkrGdmMpnEbn [url=http://adidas51.webnode.jp/]nike エア[/url]QckAkxUhoRjm [url=http://nikeonline.blog.fc2blog.net/]nike[/url]XcsAleFxsYen [url=http://nikeair350.blog.fc2.com/]ナイキシューズ[/url]OuyXacKuqYgm [url=http://nikeshose.blog.fc2.com/]nike スニーカー[/urlRxyKxqYtmTcm [url=http://nikeonlie11.blog.fc2blog.net/]nike ランニング[/url]AzvNxmEznQgh [url=http://ナイキシューズ.seesaa.net/]ナイキ フリー[/url]YalYbkYxbGat [url=http://シューズナイキ.seesaa.net/]nike[/url]LeeEfxFwtVkr [url=http://nikeair11.seesaa.net/]スニーカーナイキ[/url]SywDuoCddOkd [url=http://niker.seesaa.net/]nike スニーカー[/url] LqtJzgMtuEuc [url=http://nikeshose11.blog.fc2.com/]free nike[/url]WeeMbkXpwWsh