Wednesday, November 01, 2006

riang bertukar suram..

jam 11 pagi aku dikejutkan dgn berita tentang kematian anak buah aku ( anak pertama adik aku siti yg dilahirkan pada petang raya ke 3 di hospital bapu pahat) comel dan cantik bayi tu seperti adik aku... aku x nk la ceita sbb ape kematiannya.. kang lagi sedih dibuatnya...

tepat jam 12.30 aku balik ke rumah.. jam 1 tghari aku gerak balik ke kg. sampai kg jam 5.30 dah terlambat tuk aku menatap wajah bayi tu buat kali terakhir, dan semalam sblm aku balik ke kl semula aku hanya di tunjukkan kubur arwahnye...

ingat lagi aku sempat menitiskn air mata selepas membaca mesej dari adik ipar aku abdul hadi setelah anaknye disahkan meninggal dunia... memang aku akui sedangkan aku mc tak percaye dan tak boleh nk terima.. apetah lagi keadaan adik aku bersama suaminya..

suasana agak suram sampaila menjelang subuh... namun terima kasih pada uitm yg mewakilkan upena dan psmb datang menziarah serta memberi semangat.

mungkin aku belum pernah dilanda perasaan sebak dengan dugaan sehebat ni. tapi mungkin ada baik dan buruknya kejadian seperti ini.. tak sangka kan... namun berat hati terpaksa juga terima dgn rela. apepun yg pasti anak tu akan menanti ibu dan ayahnya di pintu syurga...

al-fatihah tuk arwah syuhaida syahidah binti abdul hadi... semoga rohnya di cucuri rahmat.

No comments: